Wednesday, June 30, 2010

Ukhuwah Islamiyah



Untuk menggambarkan dalamnya persaudaraan dalam Islam (ukhuwah
Islamiyah), Allah SWT menggunakan kata ikhwah, yang berarti ''saudara
kandung'' (Q.S. 49: 10). Ini berbeda dengan ikhwan, yang artinya
''berteman'', sebagaimana digunakan Allah dalam surat Ali 'Imran 103,
untuk melukiskan bagaimana suku-suku Arab pada zaman Jahiliyah yang
semula bermusuh-musuhan, kemudian bersatu setelah memeluk Islam. Jadi,
setelah berada dalam satu agama, setiap muslim adalah teman bagi yang
lain. Dan setelah keislaman itu meningkat, setiap muslim seharusnya
dapat memandang muslim lain sebagai saudara kandungnya.



Ukhuwah Islamiyah dapat diwujudkan -- seperti disabdakan Nabi SAW --
antara lain dalam bentuk bahwa seorang muslim harus dapat mencintai
muslim lain sebagaimana ia mencintai diri sendiri; bahwa seorang
muslim harus dapat merasakan kesulitan yang dialami muslim lain,
sebagaimana sakit pada satu anggota tubuh dirasakan oleh seluruh
anggota tubuh lain; bahwa seorang muslim harus saling menyokong,
sebagaimana satu bagian bangunan menyangga bagian lain.



Di dalam Alquran, Allah SWT meminta agar seorang muslim tidak
memusuhi, mencaci, mengolok-olok, dan berburuk sangka kepada muslim
lain (Q.S. 49: 9-12). Yang perlu dikembangkan justru sikap saling
memaafkan (Q.S. 24: 22). Bahkan sesama muslim perlu saling mendoakan
(Q.S. 3: 159) dan awliya', lindung-melindungi (Q.S. 9: 71).



Persaudaraan Islam menghendaki wujud nyata, yaitu minimal pengorbanan
dalam harta benda. ''Jika mereka tobat, mendirikan salat, dan membayar
zakat, barulah mereka teman kalian seagama,'' tegas Allah SWT (Q.S. 9:
11). Yang harus dikeluarkan bukan hanya zakat, tapi juga infak (Q.S.
2: 195), yaitu kewajiban keuangan yang besarnya tergandung kerelaan
(iman) penyumbang.



Wujud persaudaraan dalam Islam bahkan sampai kepada kesediaan
mengorbankan nyawa. Allah berfirman: ''Bagaimana kalian tiadakan
berperang di jalan Allah bagi orang-orang tertindas -- laki-laki,
perempuan, dan anak-anak itu -- yang berseru, 'Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami dari kota ini, yang penduduknya berbuat zalim.
Berilah kami perlindungan dari-Mu. Dan berilah kami pembela''' (Q.S.
4: 75).

Wali Allah dan Karamah



Para Wali adalah kekasih-kekasih Allah, golongan yang amat hampir dengan Allah
(muqarrabin). Allah jelaskan dalam satu hadis Qudsi bahawa mereka itu mendengar
dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata
dengan perkataan Allah.



Memuliakan mereka bererti memuliakan Allah, manakala menghina mereka bererti
juga menghina mereka bererti juga menghina Allah. Hingga ada ulama berkata,
menghina wali Allah dengan kata-kata dan sebagainya, adalah petanda mati dalam
su'ul khatimah (penamat yang buruk).



Sebab itu juga Allah berfirman dalam hadis Qudsi lain:
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang
terhadapnya". (Riwayat Al Bukhari)



Berkata seorang ulama yang arif dalam tulisannya bahawa: "Wali Allah atau
kalimah jamaknya aulia Allah. Wali juga bererti pemimpin. Boleh juga diberi
erti kekasih yang dilantik oleh Allah. Jadi seseorang ulama yang mencapai
darjat wali Allah ini adalah seorang kekasih Allah yang dilantik oleh Allah
untuk memimpin. Wali Allah adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan
batin dan orang-orang suci-Nya".



Ulama Sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam-macam jenis atau peringkat wali
yang dilantik, oleh Allah dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya Allah
juga mengetahuinya.



Di bawah disenaraikan antara wali-wali besar yang sebahagiannya bukan sahaja
memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:

i. Sahabat-sahabat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam terutama Khulafa’ur
Rasyidin.

ii. Imam mazhab [dalam ilmu feqah dan tauhid] terutamanya imam mazhab yang
empat.

iii. Para mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz [mujaddid kurun
pertama] dan Imamul Mahdi [mujaddid kurun ke-15].



iv. Para perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Termizi dan Imam Muslim.

v. Pengasas-pengasas tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah, Ahmadiah, Qadariah,
Aurad Muhammadiah dan lain-lain.

vi. Ulama-ulama besar sufi seperti Imam Hassan Al Basri, Syeikh Junaid Al
Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Imam Al
Ghazali, Syeikh Abu Hassan Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi, Syeikh Ramli dan
ramai lagi.



vii. Di kalangan wanita, antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah.
Juga isteri-isteri Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dan puterinya Siti
Fatimah Az Zahrah



Terdapat wali yang orang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka disangka
gila. Misalnya Uwais Al-Qarni, yang hidup sezaman dengan Rasulullah sollallahu
`alaihi wasallam, tetapi tidak pernah berjumpa dengan baginda.



Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam
sendiri kepada Sayidina Umar Al-Khattab dan Sayidina Ali Abi Talib karamallahu
wajhah. Begitu juga dengan sahabat Huzaifah al-Yamani, walaupun tidak terkenal
dalam bidang kepimpinan tetapi banyak mengetahui rahsia-rahsia kerohanian.
Malah Sayidina Umar radhiAllahu `anhu pun merujuk kepadanya. Demikian lagi
peranan Nabi Khidir `alaihi salam di zaman Musa `alaihi salam.



Wali-wali yang tersembunyi ini pada lahirnya tiada apa-apa keistimewaan. Tetapi
sebenarnya mereka adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebabnya
adalah seperti berikut:

1. Do'a mereka sangat makbul. Iaitu permintaan mereka Allah tunaikan. Rintihan
mereka Allah beri perhatian.

2. Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidup serta
percakapan mereka menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekeliling. Ertinya,
adanya mereka di satu-satu tempat sudah cukup untuk mengubah akhlaq manusia.



3. Dengan adanya orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka Allah masih
menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada semua manusia
termasuklah yang derhaka. Juga Allah pindahkan atau alihkan azab dan bencana
tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat
bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hinggalah berpeluang bagi manusia
menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan,
sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.



4. Ada hadis mengatakan, kerana mereka inilah (orang-orang soleh dan
wali-waliNya) dunia belum dikiamatkan.

Sebagai golongan istimewa di sisi Allah, mereka dianugerahkan penghormatan
dengan berbagai kelebihan dan kemuliaan berupa karamah yang tidak diberi pada
manusia biasa (orang awam). Justeru itu, tidak hairanlah di kalangan
orang-orang ramai akan mengaitkan cerita-cerita tentang karamah apabila
memperkatakan darihal peribadi seseorang wali itu.



Dalam pada itu, orang awam umumnya hanya mengenali karamah-karamah berbentuk
zahiriah atau karamah hissi iaitu kejadian-kejadian luarbiasa yang mencarik
adat dan berlaku pada wali-wali dan dapat dilihat dengan mata kasar.seperti
karamah boleh berjalan di atas air, boleh berasa di dua tiga tempat dalam satu
masa, boleh terbang di udara, boleh bergerak dari setempat ke setempat dengan
sekelip mata dan sebagainya.



Tetapi jarang orang mengetahui terdapatnya satu bentuk lagi karamah anugerah
Allah pada para aulia yang dipanggil karamah maknawiyah. Karamah berbentuk ini
tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya dapat dilihat dan diketahui
oleh orang-orang yang mempunyai ketajaman mata hati.



Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan
pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan
kebaikan. Malah orang ramai akan ikut tingkah laku dan cakap-cakapnya. Biasanya
karamah bentuk ini lebih menonjol pada para wali yang memimpin umat di samping
dikurniakan juga karamah zahiri atau hissi.



Ini kerana bukan senang memimpin orang ramai kepada kesedaran beragama dan
amalan Islam, lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana orang ramai begitu sibuk
dengan kehidupan dunia hatta menilai agama pun berdasarkan kedudukan, dan
pengaruh wang ringgit.



Walaupun terdapat sesetengah orang hebat berceramah di sana sini dan dapat
menghimpun ribuan orang mendengarnya, tetapi sayangnya para pendengar tak boleh
membuat perubahan melainkan dalam soal-soal ibadat khusus sahaja. Manakala
kehidupan seharian mereka tetap bercampuraduk dengan aneka maksiat.



Di sinilah peranan wali Allah yang memiliki karamah maknawiyah yang layak
memimpin umat manusia kerana akhlaq dan tuturkatanya dapat menarik orang ramai
kembali kepada cara hidup Islam tengah-tengah suasana kehidupan yang penuh
munkar. Tidak mustahil berlakunya dengan sekali dia berceramah, berpuluh orang
boleh buat perubahan.



Contoh karamah maknawiyah lagi ialah dapat merasa kelazatan beribadah tanpa
diusahakan bersungguh-sungguh, dapat ditinggalkan maksiat tanpa susah-susah
mujahadah, dapat istiqamah dengan sesuatu amalan seperti boleh berada di tikar
sembahyang beberapa minit lebih awal pada setiap waktu solat fardhu dan
sebagainya.



Atau karamah dapat mempertahankan wuduk untuk tempoh yang lama seperti Syeikh
Abdul Qadir Jailani, Uwais Al-Qarni, Rabiatul Adawiyah dan umum para wali Allah
yang solat Subuh dengan wuduk solat Isyak. Dan mereka sentiasa dalam keadaan
berwuduk setiap waktu dan ketika.



Nyatalah dari kedua-dua bentuk karamah ini, karamah yang lebih utama adalah
karamah maknawiyah kerana ia boleh menyelamatkan tuanpunya diri daripada api
neraka. Ada wali yang dikurniakan satu bentuk karamah sahaja, ada yang dapat
kedua-dua sekali, bahkan ada wali yang berdoa kepada Allah agar tidak
dikurniakan karamah terutama karamah zahiriah kerana takut tidak dapat menjaga
nikmat Allah itu.



Bagaimanapun, kedudukan aulia di sisi Allah tidak ditentukan oleh karamah.
Sesetengah wali tidak ada apa-apa karamah, tapi dia tetap mulia pada pandangan
Allah. Cuma banyak wali dikurniakan karamah kerana melaluinya Allah hendak
kuatkan agamaNya (sebagai hujjah mempertahankan kebenaran) dan untuk memberi
pengajaran atau menambah keyakinan pada diri wali itu sendiri.



Bagi wali yang menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara, masyarakat atau
jemaah, karamah merupakan kemudahan untuk mengatur masyarakat. Ini berlaku pada
beberapa orang wali seperti Tokku Paloh, Tuk Kenali, Syeikh Muhammad Nur
al-Kholidi, Syeikh Said al-Linggi dan Tuan Hussein yang terkenal sebagai
pemimpin masyarakat dan pemimpin jemaah pengajian di Tanah Melayu.



Ada wali yang tidak memimpin masyarakat secara langsung tetapi memainkan
peranan tersendiri sebagai pendidik masyarakat. Seperti kata seorang ulama:
"Pemimpin tidak rasmi ialah orang yang diikuti akhlaq dan sifatnya (sikapnya)
tanpa dia sedar". Kita dapati setiap orang wali itu berperanan mengikut
syakilah (bakat) masing-masing. Secara umum, mereka adalah penguat agama dan
pembawa kesejahteraan pada masyarakat serta umat.



Dalam sejarah, ada wali yang menjadi pemimpin negara seperti Khulafa'
al-Rashidin (Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), Sayidina Umar al-Aziz,
Muhammad al-Fateh, Sultan Murad (bapa kepada Muhammad al-Fateh), Sultan
Salahuddin al-Ayyubi dan lain-lain. Ada juga wali yang menjadi pemimpin
peringkat negeri seperti beberapa orang di kalangan para sahabat (Sayidina
Bilal, Abu Ubaidah, Sa'ad Abi Waqqas, Sa'id Amir al-Jumahy dan lain-lain),
kalangan wali songo di Tanah Jawa dan lain-lain.



Ada pula wali yang seperti tidak bermasyarakat tetapi kehadiran mereka
menyebabkan masyarakat dapat tumpang barakah, seperti Uwais al-Qarni. Orang
sepertinya terkenal di langit tapi tidak terkenal di bumi hingga riwayat
hidupnya pun tidak diketahui orang. Wali tetap ada di setiap zaman. Setiap
seorang wali yang meninggal, Allah akan menaikkan orang lain menggantikannya
sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu. Cuma antara menonjol atau tidak
menonjol mereka di tengah masyarakat

Tuesday, June 29, 2010

berita dari syurga



Luasnya syurga dan berpanjanganlah luasnya hingga selama-lamanya tidak ada tepi lagi baginya atau tidak ada lagi kesudahannya.Bagaikan juga rahmat Allah s.w.t. itu tidak ada baginya bertepi dan tidak ada kesudahannya..



Firman Allah s.w.t.:Bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan dari Tuhan kamu,yakni dengan mengerjakan taat(kepada perintah dan laranganNya.)



Dan barangsiapa menghampirkan kepadaNya bererti dia menghampirkan kepada Syurga yang luasnya kadar tujuh petala langit dan bumi.



Kata Ibnu Abbas .a.,jika disertakan tujuh petala langit dan bumi,setengah kepada setengahnya,maka demikian itulah luasnya syurga dan besarnya.



Kata Thabrani,ketika menjadi oleh Allah akan syurga,berfirmanlah Ia:"Wahai syurga,berpanjanganlah olehmu."



Bertanyalah syurga,Hai Tuhanku,berapa lama masa berpanjangan aku ini."
Firman Allah s.w.t.,"Seratus tahun."Maka bertambah luaslah aku(syurga)selama seratus tahun.



kemudian berfirman lagi Allah s.w.t.,berpanjanganlah lagi olehmu."

Bertanyalah syurga:"Hai Tuhanku,berapa lama aku berpanjangan?"
Berfirman Allah s.w.t.:"Luaslah olehmu kadar rahmatKu."



Maka luaslah syurga dan berpanjanganlah luasnya hingga selama-lamanya tidak ada tepi lagi baginya atau tidak ada lagi kesudahannya bagaikan juga rahmat Allah s.w.t. it tidak ada baginya bertepi dan tidak ada kesudahannya.



Tersebut dalam tafsir Nasiruddin al Samarkandi pada firman Allah s.w.t.:"kata olehmu Ya Muahammad,jikalaulah segala air lautan itu menjadi dakwat bagi mencatatkan segala kalimat Tuhanku yakni barang yang dijanjikan Allah s.w.t. bagi segala hambanya yang mukmin didalam syurga,nescaya habislah air lautan itu dahulu daripada habis segala kalimat Tuhanku.



Ibnu Abbas .a, menyatakan:"Bahawanya syurga it berpanjangan bertambah besarnya daripada masa dijadikan dia oleh Allah s.w.t. hingga ke hari kiamat."

Saturday, June 26, 2010

syafa’at



Kata as-syafa’ah diambil dari kata as-syaf’u yang artinya adalah lawan dari kata al-witru (ganjil), yaitu menjadikan yang ganjil menjadi genap (as-syaf’u), seperti anda menjadikan satu menjadi dua dan tiga menjadi empat. Demikian menurut arti “lughawinya”(bahasanya).



Adapun menurut istilah, syafa’at adalah penengah (perantara) bagi yang lain dengan mendatangkan suatu kemanfaatan atau menolak suatu kemudharatan. Maksudnya, syafi’ (pemberi syafa’at) itu berada di antara masyfu lahu (yang diberi syafa’at) dan masyfu’ ilaih (syafa’at yang diberikan) sebagai wasithah (perantara) untuk mendatangkan keuntungan (manfaat) bagi masyfu’ lahu atau menolak mudharat darinya.




Syafa’at itu ada 2 macam:

[a]. Pertama: Syafa’at Tsabitah Shahihah (yang tetap dan benar):

Yaitu yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala dalam kitab-Nya atau yang ditetapkan oleh Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Syafa’at ini hanya bagi Ahlut Tauhid wal Ikhlas, karena Abu Hurairah pernah bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan mendapatkan syafa’at baginda?”



Beliau menjawab: “Orang yang mengatakan Laa ilaaha illallah secara ikhlas (murni) dari kalbunya.”

Syafa’at ini bisa diperoleh dengan adanya tiga syarat:

1. Keridhaan Allah terhadap yang memberi syafa’at (syafi’)
2. Keridhaan Allah terhadap yang diberi syafa’at (masyfu’ lahu)
3. Izin Allah Ta’ala bagi syafi’ untuk memberi syafa’at.



Syarat-syarat ini secara mujmal terdapat dalam firman Allah Ta’ala:

Artinya: “Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafa’at mereka sedikitpun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengijinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai(Nya).” [An-Najm : 26]

Kemudian diperinci oleh firman-Nya:

Artinya: “Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya.” [Al-Baqarah : 255]



Artinya: “Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali (syafa’at) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya dan Dia telah meridhai perkataan-Nya.” [Thaha : 109]

Artinya: “Mereka tidak bisa memberi syafa’at kecuali kepada orang yang diridhai oleh Allah.” [Al-Anbiya : 28]

Ketiga syarat ini harus ada untuk bisa memperoleh suatu syafa’at.



Selanjutnya para ulama -rahimahullah- membagi syafa’at ini menjadi dua:

Pertama: Syafa’at ‘Ammah (syafa’at yang bersifat umum):
Arti umum disini bahwa Allah Ta’ala mengizinkan siapa saja yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya yang shalih untuk memberikan syafa’at kepada orang yang juga diizinkan oleh Allah untuk memperoleh syafa’at. Syafa’at semacam ini bisa didapatkan dari Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan selain beliau dari para Nabi yang lain, shidiqqin, syuhada’ dan shalihin. Yaitu bisa berupa syafa’at kepada penghuni naar dari kalangan orang beriman yang bermaksiat agar mereka bisa keluar dari neraka.




Kedua: Syafa’ah Khasshah (syafa’at yang bersifat khusus). Syafa’at ini khusus dimiliki oleh Nabi Muhammadshallallahu ‘alaihi wa sallam dan merupakan syafa’at yang paling agung. Syafa’at yang paling agung ini adalah syafa’at pada hari kiamat ketika manusia tertimpa kesedihan dan kesukaran yang tidak mampu mereka pikul, kemudian mereka meminta orang yang bisa memohonkan syafa’at kepada Allah Azza wa Jalla untuk menyelamatkan mereka dari keadaan yang demikian itu.



Mereka datang kepada Adam, kemudian kepada Nuh, kemudian Ibrahim, Musa dan Isa -‘alaihimus salam-, namun mereka semua tidak bisa memberi syafa’at, sehingga akhirnya meminta kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliaupun bangkit untuk memohonkan syafa’at di sisi Allah Azza wa Jalla untuk menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari keadaan seperti ini. Allah mengabulkan do’a beliau dan menerima syafa’atnya. Ini merupakan termasuk Al-maqam Al-Mahmud (tempat yang terpuji) yang telah dijanjikan oleh Allah dan firman-Nya.



Artinya: “Dan pada sebagian malam hari shalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu ; mudah-mudahan Rabb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” [Al-Isra : 79]

Diantara syafa’at khusus dari Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah syafa’at beliau terhadap ahlul jannah untuk masuk jannah. Karena ahlul jannah itu ketika melewati shirath, mereka diberhentikan di atas jembatan antara jannah dan naar, lalu hati mereka satu sama lain disucikan sehingga menjadi suci, kemudian barulah diizinkan masuk jannah dan dibukakan untuk mereka pintunya dengan syafa’at Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.



[2]. Kedua: Syafa’ah Bathilah (syafa’at yang batil):

Yaitu syafa’at yang tidak akan bisa memberi manfaat. Itulah syafa’at yang jadi anggapan orang-orang musyrik berupa syafa’at dari ilah-ilah mereka yang dianggap bisa menyelamatkan mereka di sisi Allah Azza wa Jalla. Syafa’at ini sama sekali tidak akan memberikan manfaat kepada mereka. Allah Ta’ala berfirman:

Artinya: “Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang-orang yang memberikan syafa’at.” [Al-Muddatsir: 48]



Itu karena Allah tidak ridha terhadap kemusyrikan orang-orang musyrik tersebut dan tidak mungkin mengizinkan kepada siapapun untuk mensyafa’ati mereka, karena tiada syafa’at kecuali bagi orang-orang yang diridhai oleh Allah Azza wa Jalla. Allah tidak ridha akan kekufuran bagi hamba-hamba-Nya dan tidak menyukai kerusakan. Ketergantungan orang-orang musyrik terhadap ilah-ilah mereka yang mereka ibadahi serta mengatakan:

“(Mereka adalah para pemberi syafa’at bagi kami di sisi Allah), adalah ketergantungan yang batil yang tidak bermanfaat.”



Bahkan hal ini tidak akan menambah mereka di sisi Allah melainkan kejauhan. Orang-orang musyrik mengharap syafa’at dari berhala-berhala mereka dengan cara yang batil, yaitu dengan mengibadahi berhala-berhala ini, yang merupakan kebodohan mereka yang berupa usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dengan sesuatu yang justru malah semakin menjauhkan mereka dari Allah.