Saturday, August 7, 2010

permata



Darul Jalal, daripada Lu’Lu (Mutiara) yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan ]
Darus Salam, daripada Yaqut yang merah [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Jannatul Ma’wa, daripada Zabarjad yang hijau [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Jannatul Khuld, daripada Marjan yang kuning [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Jannatun Na’im, daripada Perak yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Jannatul Firdaus, daripada Emas yang merah [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Jannatu ‘Adn, daripada Mutiara yang putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Allah swt telah menjadikan ‘Adn dengan tangan-Nya satu bata daripada Mutiara yang putih, dan satu bata daripada Yaqut yang merah, dan satu bata daripada Zabarjad yang hijau. Pagarnya kasturi, rumputnya za’faran, anak batunya Lu’Lu (Mutiara) dan tanahnya ‘Anbar [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Ghulam (budak-budak) yang berkhadam kepada penghuni syurga dilihat seolah-olah seperti Mutiara yang bertaburan [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]




Tiang-tiang bagi Baitul Makmur terdiri daripada permata Yaqut merah, Zabarjad hijau, Emas merah dan Perak putih [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Mimbar tempat malaikat Mikail membaca khutbah di Baitul Makmur dijadikan daripada Yaqut merah, manakala manarah (menara) tempat malaikat Jibril menyeru bang dijadikan daripada Perak [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Pelana bagi unta dari nur yang menerbangkan orang mukmin yang melalui titian




Shirathal Mustaqim dijadikan daripada Yaqut dan Zabarjad [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Hajarul Aswad merupakan Yaqut putih dari syurga, asalnya terlebih putih daripada susu, dan hitamnya itu daripada dosa anak Adam [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]
Dikatakan bahawa langit itu lebih putih daripada susu, adapun ia nampak hijau adalah kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu (langit pertama) dinamakan Raqi’ah. Langit kedua terdiri dari besi yang memancarkan cahaya, namanya Fidum atau Ma’un [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
Langit ketiga dari tembaga dan biasa disebut Malakut [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]




Langit keempat dari emas putih menyilaukan mata, namanya Zahirah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
Langit kelima dari emas merah biasa disebut Mazinah atau Masharah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
Langit keenam dari Jauharah, namanya Dami’ah. [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]
Langit ketujuh inilah adanya Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut merah. Sedang yang tiga lain dari Zabarjud hijau, Perak putih dan Emas merah [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]




Allah swt menjadikan satu malaikat yang mana satu sayapnya daripada Zabarjad hijau yang sampai ke Timur dan satu sayap daripada Yaqut merah yang sampai ke Barat, serta ianya ditatahkan pula dengan Mutiara, Yaqut dan Marjan. Tugas malaikat ini adalah untuk menyeru setiap malam: “Adakah daripada orang yang meminta, maka diberikan pintanya! Adakah daripada orang yang mendoa, maka diperkenankan doanya, adakah daripada orang yang taubat, maka diterimakan taubat atasnya, adakah daripada orang yang meminta ampun, maka diampunkan baginya hingga naik fajar” [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Segala masjid di dunia akan di hasyarkan pada hari Qiamat yang mana ianya seolah-olah seperti unta yang kakinya putih seperti ‘anbar dan tengkuknya daripada za’faran, kepalanya daripada Kasturi dan tali hidungnya daripada Zabarjad. Semua orang beriman dan para imam akan menyambut dan mengalu-alukannya, manakala orang-orang yang memelihara sembahyang akan mengikutinya. [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Sesiapa yang menyeru orang fakir pada hari raya dan diberi makan mereka sesuatu yang mereka ingin, maka Allah Taala akan memberi satu mahligai daripada nur dan Mutiara dan Yaqut, serta diberi makanan daripada makanan syurga kepadanya [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Allah swt telah memakbulkan doa seorang ibu kepada anaknya yang telah banyak berbakti kepadanya “Hai Tuhanku, rezekikan oleh Mu akan dia bahagia dan jadikan baginya suatu tempat kemudian daripada matiku, tiada pada bumi dan tiada pada langit tempat ketetapannya.” dengan ditempatkan dalam sebuah kubah daripada Mutiara yang putih di sebuah laut yang dalam sebagaimana yang ditemui oleh Nabi sulaiman as dalam kisah baginda [Al-Jawhar Al-Mauhub Wa Muhabbihat Al-Qulub - Syeikh Wan Ali Kutan]



Dirawikan dari Ali ra bahawa Kursi itu merupakan lu’lu’ (mutiara) yang panjangnya hanya diketahui oleh Allah sahaja. Dalam khabar disebutkan bahawa langit dan bumi bersama Kursi bagaikan sebuah lingkaran dalam sebuah Padang luas. Ibnu Majah mengatakan bahawa langit itu ada di tengah Kursi, sedangkan Kursi ada di hadapan Arasy [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]



Arasy adalah sebuah jisim yang terdiri dari Nur yang tinggi di atas Kursi. Sedang Kursi berbeza halnya dengan Arasy. Ini berbeza dengan pendapat Hasan al-Basri. Dikatakan: Al-Kursi dari Yaqut merah. Dikatakan lagi dari permata hijau, juga dikatakan dari permata putih, yang lain mengatakannya dari Nur. Namun yang lebih baik adalah tidak menentukannya saja secara pasti [Mukasyafah Al-Qulub - Imam Al-Ghazali]

No comments:

Post a Comment