Saturday, July 31, 2010
air
Walaupun ramai saintis mengkritik penemuan Masaru Emoto tentang perubahan kristal air kepada cantik atau hodoh, bukan itu yang ingin saya sentuh di sini. Emoto menyebut kata-kata yang baik akan merubah kristal air menjadi cantik manakala kata-kata yang kesat, kasar dan benci boleh pula menjadikan kristal air buruk dan hodoh.
Namun saya nyatakan saya sangat gembira dengan penemuan Masaru Emoto ini. Semenjak di Universiti Malaya dahulu saya telah membaca tentang kristal air yang menjadi cantik dengan kata-kata yang baik. Dahulu semasa di sekolah cikgu memberi tahu setiap benda hidup daripada air.
Sebagaimana tajuk blog ini ~wa in min syai'in illa yusabbihu bihamdih~ bahawa setiap segala sesuatu itu bertasbih dan memuji Allah. Apa sahaja, ya apa sahaja... Jadi tentunya segala sesuatu itu tunduk dan patuh kepada Tuhan nan esa.
Saya amat mempercayai kata-kata yang baik dan menenangkan sangat penting di dalam pembentukan pribadi seseorang terutamanya di dalam keluarga. Kalau lah ibu dan bapa suka bercakap kasar dan menjerit-jerit, begitulah juga anaknya nanti. Dia tidak patut mengharapkan anak-anak bercakap lembut kerana secara jelas "body language"nya mengajar anak-anak bercakap kasar.
Manusia sekurang-kurangnya mempunyai 55-60% kandungan air di dalam badan, sekiranya setiap hari anak-anak mendengar kata-kata yang baik daripada ibu bapanya...kristal-kristal air di dalam tubuhnya mungkin berubah menjadi kristal yang cantik. Semua ini akan terpancar pada wajah dan tingkah laku. Malah memang benar anak-anak akan meniru ibu bapanya. Ibu bapa tidak patut memandang kanak-kanak tidak penting lalu berhak untuk dikasari. Hakikatnya kanak-kanak juga mempunyai perasaan gembira apabila dilayan dan mahu didengari dan sedih serta memendam rasa sekiranya dikasari. Bukankah kata-kata yang baik itu doa.
Puji-pujian yang ikhlas dapat menambah keyakinan dalam diri kanak-kanak. Malah sesama suami isteri juga tidak harus lokek pujian sekiranya memang layak dipuji. Keluarga yang saling menghargai dan memberi semangat sesama sendiri dengan izin Allah akan lebih harmoni dan gembira.
Di dalam Islam perkara jahat dan keburukan itu tidak patut dihebahkan. Sebaliknya perkara baik tidak pula dihebohkan, kalau perkara baik dihebohkan dan disensasikan ia akan membentuk satu lingkungan dan persekitaran yang baik juga kerana orang lain terpanggil untuk melakukan kebaikan bersama. Susah untuk dibuat contoh kerana perkara baik tidak banyak dihebohkan. Contohnya membaca al-Quran dan solat berjamaah, sekiranya ia diulang dan diulang kepada masyarakat lama-lama ramai yang akan terdorong melakukannya. Sedekah, bercakap sopan, membantu orang susah, dan apa sahaja lah lagi.
Dahulu semasa Darjah Satu, setiap kali peperiksaan abah akan membekalkan saya air yang abah doakan selepas solat subuh. Abah selalu berpesan sebelum minum baca Bismillah dan Selawat. Perkara ini berterusan sehingga ke SPM di sekolah menengah, abah saya tidak putus-putus membacakan doa penerang hati, semangat untuk anak menghadapi peperiksaan. Secara psikologinya, saya amat terpengaruh saya tahu abah mendoakan saya, saya akan minum dengan penuh doa dan tawakkal. Saya menjadi tenang.
Soal yang lain pula kenapa kita dituntut sentiasa berzikir, mengucap kata-kata yang baik, membaca al-Quran, berselawat (selain ia dicatat menjadi amal bakti kita dan di akhirat nanti diberi pahala) tetapi tanpa kita sedar kita sedang membentuk lingkungan yang baik. Kita dipesan oleh Junjungan Mulia SAW supaya berkatalah yang baik atau diam. Di sekeliling kita ada udara, oksigen, hidrogen, nitrogen, air, ada meja kerusi, ada buku-buku, kita membaca walaupun sendirian ia akan tetap didengari dan dihargai oleh makhluk-makhluk Allah yang lain itu. Seluruh makhluk itu tahu bahawa manusia ini khalifah, mereka akan bergembira dengan hamba-hamba Allah yang taat. Seolah manusia itu imam kepada mereka. Sebab itu apabila orang beriman itu mati, alam akan bersedih.
Nanti sebelum kiamat terjadi orang beriman akan dimatikan serentak yang tinggal manusia yang tidak beriman dan tidak lagi melakukan ibadah. Di kala itu alam tadi yang harmoni tercari-cari tiada lagi imam mereka kerana semua orang beriman telah dimatikan, bayangkan satu organisasi yang tiada ketua sudah pasti porak peranda. Ketika itu alam akan hilang panduan dan berlakulah gegak gempa, bintang-bintang berguguran, bumi bergoncang... Kiamat pun tiba.
Live Simply
Love Generously
Care Deeply
Speak Kindly, &
Leave the Rest to God
Happiness keeps You Sweet,
Trials keep You Strong,
Sorrows keep You Human,
Failures keep You Humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God keeps You Going!
Read more...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment