Monday, July 26, 2010
Titian Sirat
Sirath Al-Mustaqim atau dikenali juga sebagai Titian Sirat merupakan jambatan yang menjadi penghubung kepada Padang Masyar dan Syurga.
Jambatan tersebut terlalu kecil, licin malah mempunyai cakar, duri dan kait yang tajam. Hal ini diperjelaskan dengan keterangan dari sahabat Abu Said yakni, “Jambatan itu lebih kecil dari rambut, dan lebih tajam dari pedang”
Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirath yang berada diatas neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh gardu, dan setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam.
Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, dna setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”
Gardu tersebut diertikan sebagai pos dimana setiap gardu (pos), hamba-hamba-Nya akan ditanyakan tentang apa sahaja yang telah dilakukan semasa kehidupnya didunia. Soalan-soalan disetiap pos adalah sebagai berikut:
* Gardu 1 – Iman
* Gardu 2 – Solat
* Gardu 3 – Zakat
* Gardu 4 – Puasa
* Gardu 5 – Haji dan Umrah
* Gardu 6 – Wuduk dan Mandi Wajib
* Gardu 7 – Adab terhadap orang tua, talian persaudaraan, dan hubungan terhadap semua makhluk
Sebagai penambahan, terdapat suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Maryam:
Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam neraka dalam keadaan berlutut."
Sedangkan api neraka itu kerap memakan tubuhnya, mulai dari kulit sampai dagingnya, sehingga orang yang lewat diatas jambatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka.
Sebahagian mereka ada yang melewati neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya malah ada yang bertanya diakhir perjalanannya, “Dimanakah jambatan itu?” , lalu dikatakan “Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat dari Allah s.w.t”
Semasa melintasi titian / jambatan Sirath, terdapat pelbagai jenis manusia. Manusia pertama menjejakkan kakinya di Sirath adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya menjadi 10 bahagian untuk melintasi Jambatan tersebut.
* Kumpulan Pertama – melintasi bagai cahaya kilat memancar
* Kumpulan Kedua – melintasi bagai angin yang kencang
* Kumpulan Ketiga – melintasi bagai kuda yang baik
* Kumpulan Ke-empat – melintasi bagai burung yang pantas
* Kumpulan Ke-lima – melintasi dalam keadaan berlari
* Kumpulan Ke-Enam – melintasi dalam keadaan berjalan
* Kumpulan Ke-Tujuh – berdiri dan duduk
* Kumpulan Ke-Lapan – menarik muka mereka dengan rantai
* Kumpulan Ke 9 dan 10 – tertinggal diatas Sirat dan tidak diizinkan untuk menyeberang
Keadaan-keadaan semasa kumpulan melintasi jambatan Sirath:
Kumpulan Ke tujuh – Mereka berdiri dan duduk akibat kepenatan dan dosa-dosa terpikul dibelakang mereka. Muhammad berhenti diatas Sirath. Setiap kali, Nabi Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan Ke lapan – mereka menarik muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru; “Wahai Muhammad!”, dan Nabi Muhammad akan berkata; “Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!”
Semoga kita semua dapat melintasi titian Sirath dengan mudah dan mendapat rahmat dari-Nya. Sekian untuk bahagian kali ini. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment