Thursday, July 8, 2010

koleksi hadis



1. Menumpukan perhatian terhadap pengabdian diri kepada Allah

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda: " Allah swt berfirman, " Wahai anak Adam ! Luangkanlah dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat alTirmizi)



2. Nafsu tidak akan kenyang

Maksud Hadis; Daripada Anasra, Nabi saw bersabda; " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah ( kuburnya ) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )



3. Kekayaan yang sebenar

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya hartabenda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
(Riwaya al-Bukhari & Muslim)



4. Menghargai segala nikmat Allah

Ertinya : " Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim)



5. Akibat pertengkaran

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati. (Hadis riwayai Abu Dunya).



6. Sebaik-baik manusia

Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).



7. Kesenangan selepas kesusahan

Siapa yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah diberikannya penderitaan(lebih dahulu). (Hadis riwayat Bukhari).



8. Fitnah

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



9. Janganlah engkau sombong

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah sekalipun. (Hadis riwayat Muslim).



10. Beramal lah walaupun sedikit

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Siapakah yang akan mengambil daripadaku beberapa perkataan lalu beramal dengannya atau memberitahu siapa yang akan mengamalkannya? Jawabku : Saya, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah SAW memegang tanganku dan mengira lima. Sabda baginda ;"Jauhkanlah larangan-larangan nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling beribadah; relalah dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan kepadamu nescaya engkau akan menjadi manusia paling kaya; berbuat baiklah kepada jiran nescaya jadilah engkau orang mukmin sejati; Kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau menjadi sebenar-benar muslim dan janganlah engkau banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati". (Maksud hadis)

No comments:

Post a Comment