Sunday, September 19, 2010
hadis riwayat muslim
Sayidina Rabbani Isa Al-Masih bersabda dalam Kitab Suci Injil Matius 15:6-9 (Al-Kitab).
Bagi orang Islam dari aliran Ahli Sunnah wa’al jemaah, penulisan agama yang paling penting dan berwibawa selepas kitab al-Quran ialah enam himpunan utama hadis yang bertujuan merekodkan kata-kata dan perlakuan Nabi Muhammad. Hadis merupakan landasan bagi Syariah atau undang-undang Islam yang mahu dijadikan sebagai dasar perundangan di negara-negara Islam dewasa ini.
Sahih Muslim iaitu koleksi 7,190 hadis oleh Imam Muslim yang meninggal dunia pada tahun 875 Tahun Masehi (TM) ini adalah himpunan hadis yang kedua paling berwibawa selepas koleksi Sahih Bukhari. Berikut dipaparkan beberapa bahagian yang menarik bersabit dengan hadis Sahih Muslim ini..
Kepentingan Hadis
“Bahagian hadis ini dengan jelas menunjukkan hakikat bahawa hadis sememangnya kunci terpenting bagi memahami al-Qur’an dengan betul kerana sebagai penyampai wahyu, Nabi Muhammad adalah [watak] yang terbaik dan paling sesuai. Oleh itu, dengan kuasa Tuhan dia di beri kuasa untuk mentafsir dan menerangkan kandungan al-Qur’an.” Sahih Muslim jld.1 nota kaki 225 ms.72
Surah-surah al-Qur’an yang sudah hilang
Abu Harb b. Abu al-Aswad melaporkan dari sumber bapanya bahawa Abu Musa al-Ash’ari berkata:
“… kami membaca surah yang menyerupai Surah Bara’at dari segi panjang dan kekuatannya. Walau bagaimanapun, saya sudah lupa akannya kecuali bahagian ini yang masih saya ingat: ‘Jika ada dua lembah yang dipenuhi dengan kekayaan untuk anak Adam, dia akan mengingini lembah ketiga dan tidak ada apa yang memenuhi perut anak Adam kecuali debu.’ Dan kami juga membaca Surah yang menyerupai salah satu daripada surah Musabbihat dan saya lupa, tetapi mengingati sebanyak ini daripada surah itu: ‘Wahai orang yang beriman, mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan’ (lx1 2.) dan ‘ini tercatat di lehermu sebagai kesaksian (yang menentangmu) dan kamu akan disoal mengenainya pada Hari Kiamat’” (xvii. 13).
Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2286 ms.500,501.
Perlu diingatkan bahawa terdapat banyak lagi daripada ini tetapi baki Surah itu sudah dilupakan kandungannya.
Kasih Sayang kepada Nabi Muhammad
Tidak ada apa-apa di dalam Sahih Muslim yang menyatakan bahawa Muhammad perlu di sembah tetapi memang tinggi pandangan mereka terhadap nabi Muhammad, malah ada satu hadis palsu yang menyatakan bahawa ada bau yang bagus ketika nabi Muhammad membuang air. Tetapi Imam Muslim dan penghimpun hadis yang lain menolak hadis ini.
Walau bagaimanapun, semua hadis yang berikut diterima di dalam Sahih Muslim.
Keistimewaan badan Muhammad: Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5758 ms.1247, tubuh badan Muhammad mengeluarkan bau yang segar atau wangian seperti beg bauan pembuat minyak wangi. Dinyatakan di dalam al-Tabari jld. 6 ms. 80 pula yang baginda mempunyai kulit yang berbau harum. Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5770-5772,5777 ms.1249, nabi Muhammad merupakan seorang yang paling kacak yang pernah dilihat.
Mengumpulkan rambut nabi Muhammad: Apabila Muhammad menggunting rambutnya, para sahabat akan berebut-rebut mengambil setiap helai rambut dan menyimpannya. Muhammad membenarkan ia diagihkan di kalangan umat manusia. Sahih Muslim jld.2 buku 7 no.2991-2994 ms.656-657
Mengumpul peluh Muhammad: Anas bin Malik meriwayatkan bahawa ibunya, Umm Salaim akan mengambil peluh Muhammad dan meletakkannya ke dalam botol untuk dijadikan sebagai pewangi yang paling harum. (Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5761 ms.1247). Hadis berikutnya, 5762 mengatakan bahawa Muhammad bertanya apa yang dilakukannya. Apabila Umm Salaim menjelaskannya, Muhammad berkata “Kamu melakukan sesuatu yang betul.” Hadis berikutnya, 5763 menyatakan bahawa Umm Salaim akan meletakkan kain mengalas nabi Muhammad semasa baginda tidur untuk mengumpul peluhnya pada kain itu.
Tinggi Harga Diri Nabi Muhammad
“Aku akan menjadi ketua bagi umat manusia pada Hari Kiamat.” Manusia akan berharap seseorang dapat menjadi perantara dengan Allah dan memberikan syafaat kepada mereka. Kecuali Isa, Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa menolak kerana mereka ada cacat cela manakala Isa pula akan menyuruh mereka mendatangi nabi Muhammad yang akan menyampaikannya kepada Allah. Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.378 ms.129-132. Lihat juga jld.1 buku 1 no.381 ms.133.
Muhammad bersabda bahawa syaitan tidak boleh menyamar dan menyerupainya. Jadi, jika seseorang bermimpi bertemu Muhammad, ia memang bertemu Muhammad. Sahih Muslim jld.4 buku 27 no.5635-5639 ms.1225-1226. Juga Bukhari jld.8 buku 73 no.217 ms.139-140; Shamaa-il Tirmidhi bab 55 no.1-7 (389-395) ms.452-455.
Tetapi Allah Boleh Datang Dalam Bentuk Yang Berbeza-beza
Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.349 ms.115 “…Allah akan datang dalam bentuk yang berbeza-beza daripada Bentuk-Nya sendiri yang mereka kenal dan Dia akan berkata: Akulah Tuhanmu. Mereka pula berkata: Kami memohon perlindungan Allah daripada kamu…” Lihat juga Bukhari jld.8 buku 76 no.577 ms.375; Bukhari jld.9 buku 93 no.532 ms.395-396.
Tinggi Harga Diri Umat Islam
“Di mana ada Islam, tidak ada satu cara pun untuk syaitan masuk dan mempengaruhi umat. Ia mesti lari meninggalkan tempat itu.” Sahih Muslim diterjemahkan oleh ‘Abdul Hamid Siddiqi jld.1 buku 4 ms.210 nota kaki 603.
Musa dan Malaikat yang Bertinju
“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Malaikat Maut dihantar kepada Musa (alaihissalam) bagi memaklumkan panggilan Tuhan. Bila malaikat tiba, Musa menumbuknya dan matanya terpacul keluar. Dia (Malaikat Maut) kembali kepada Tuhan dan berkata: Kau menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Allah kemudian memulihkan matanya (malaikat),…” Sahih Muslim jld.4 buku 29 no.5851 ms.1264. Juga Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5852 ms.1265.
Masalah Musa Dalam Berpakaian
Dalam beberapa aspek, Musa memang normal. Namun ada yang melihat kejadian Allah melarikan pakaian Musa (yang dia letak di atas batu sewaktu mandi) supaya Musa terpaksa berkejar untuk mendapatkan pakaiannya kembali sebagai pekerjaan bodoh.
Kejadian ini adalah untuk membuktikan kepada manusia (Bani Israel) bahawa Musa lelaki biasa, tanpa Musa dengan sengaja berkelakuan tidak sopan. Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.669 ms.193.
Jika ada yang memikirkan saya tersilap mentafsirkan hadis ini, sila lihat petikan berikut:
“Di antara hadis yang diriwayatkan daripada Muhammad Rasulullah daripada Abu Hurairah, ada satu berkenaan kaum Bani Israel yang mandi dalam keadaan berbogel dan mereka saling melihat alat sulit masing-masing. Walau bagaimanapun, Musa (a.s) mandi bersendirian dan mereka berkata (mengejek): Demi Allah, tiada apa yang menghalang Musa mandi bersama-sama kami kecuali kerana buah zakarnya burut. Dia (Musa) pernah mandi dan meletakkan bajunya di atas batu dan batu itu bergerak bersama-sama bajunya.
Musa mengejarnya sambil berkata: Oh batu, bajuku, oh batu, bajuku dan Bani Israel mendapat peluang melihat alat sulit Musa dan berkata: Demi Allah, Musa tidak mempunyai apa-apa penyakit. Batu itu berhenti sehinggalah Musa dapat dilihat oleh mereka dan dia mengambil bajunya lalu memukul batu itu. Abu Hurairah berkata: Demi Allah, terdapat enam atau tujuh tanda pukulan pada batu itu yang dibuat oleh Musa."
Budi Bahasa hukum Syariah Terhadap yang Bukan-Islam
Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5389,5390 ms.1185 berbunyi, “Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janganlah kamu memberi salam kepada orang Yahudi dan Kristian sebelum mereka memberi salam kepadamu dan bila kamu bertemu salah seorang daripada mereka di jalanan, paksalah mereka untuk mengikuti laluan yang sempit."
Bunyinya mungkin agak kasar atau biadab, maka nota kaki 2559 pada muka surat yang sama telah cuba menerangkan alasannya. “Tujuannya bukanlah mahu menyeksa atau meletakkan masalah yang tidak sepatutnya kepada mereka tetapi memberi mereka jalan yang selamat daripada diasak-asak oleh pengembara Islam yang berpusu-pusu. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ini tidak bermakna warga Kristian dan Yahudi perlu dipaksa untuk meninggalkan jalan dan laluan biasa dan perlu berjalan di sisi tembok rumah atau di laluan sempit. Apa yang dimaksudkan ialah mereka perlu berjalan di laluan yang jauh daripada gerombolan umat Islam yang ramai agar mereka tidak mengalami sebarang kecelakaan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment