Sunday, September 19, 2010
mutiara
3 tingkatan takwa
Taqwa memiliki tiga tingkatan.
1. Ketika seseorang melepaskan diri dari kekafiran dan mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah, dia disebut orang yang taqwa.
2. Jika seseorang menjauhi segala hal yang tidak disukai Allah SWT dan RasulNya (SAW), ia memiliki tingkat taqwa yang lebih tinggi.
3. Yang terakhir, orang yang setiap saat selalu berupaya menggapai cinta Allah SWT, ia memiliki tingkat taqwa yang lebih tinggi lagi.
4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
3 tingkatan syukur
1. Syukur dengan lidah- Alhamdulillah.
2. Syukur dengan anggota - Iaitu melahirkan rasa terima kasih kepada Allah dengan menggunakan anggota (kesemua sekali) ke arah kebaikan.
3. Syukur dengan hati -Tahap ini yang paling susah untuk dicapai kecuali dengan cara belajar dan mendalami ilmu (pengetahuan agama dan iman). Iaitu hati sentiasa ingat kepada Allah dan merasakan bahawa segala taat yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah memilih mereka untuk melakukan taat itu.
3 tingkatan Tawakal
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.
Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.
Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah.
Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
3 tingkatan sifat sabar
1. hamba yang berhenti mengeluh 2. sufi yang puas dengan apa yang dititahkan (ini adalah tingkatan asketis) 3. hamba yang mencintai apa saja yang dilakukan Tuhan terhadapnya (ini adalah tingkatan teman sejati Tuhan)
3 tingkatan Taubat
1. Taubat dari melakukan dosa maksiat spt minum arak, judi, zina dll.
2. Taubat dari penyakit hati seperti hasad dengki, ujub, sombong dll.
3. Taubat dari sifat lalai, leka, lagha dari mengingati Allah; ubatnya zikir, baca Quran dll
9 kemuliaan solat Tahajud
Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana.
Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia.
Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.
Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri.
Diringankan hisabnya.
Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar.
Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat. (Raudhatul Ulama).
4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment