Friday, September 17, 2010
nabi khidir alaihis salam
Adakah Khidir masih hidup hingga akhir zaman?
JAWAPAN
Ulama besar hadis, iaitu Imam al-Nawawi menyebut bahawa dia sendiri berselisih pendapat tentang hidupnya Khidir.
Sebahagian besar ulama beranggapan bahawa Khidir masih hidup di tengah-tengah kita. Imam al-Nawawi berkata: Pendapat ini tidak ditentang sedikitpun oleh ulama-ulama sufi dan ahli-ahli ma’rifah. Mereka pernah menceritakan pengalamannya pada waktu berjumpa, berkumpul dan berbincang dengan Khidir. Dia (Khidir)terlalu mulia untuk dicaci aibnya, dan dia akan tetap dikenali walaupun kita berusaha menutup berita tentang dirinya.
Dalam kitab Syarah al-Muhazzab jilid 5 halaman 305, Imam al-Nawawi berkata bahawa ada beberapa orang sahabatnya yang mempunyai dalil yang membuktikan hidupnya Khidir. Dia berkata: Dan sebahagian besar para Ulama’ berkayikanan bahawa Khidir masih hidup sampai sekarang.
Syeikh Ismail Haqqi berkata: Para ahli Sufi dan para ulama bersepakat dengan keyakinan mereka bahawa Khidir masih hidup hingga sekarang.
Pendapat itu diikuti oleh Ibn al-Arabi, Abu Talib al-Makki dan al-Hakim. Al-Turmuzi dan ulama-ulama yang lain seperti tokoh-tokoh sufi: Ibn Adham, Basyar al-hafi, Ma’ruf al-Kharkhi, al-Saqati dan al-Junaid serta khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a.
Di akhir Kitab Sahih Muslim, bab yang menyebutkan hadith-hadith tentang Dajjal, Abu Said al-Khudri berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bercerita panjang lebar kepada kami tentang diri Dajjal. Di antaranya baginda bersabda yang bermaksud:
“Ia datang tetapi diharamkan untuk memasuki lingkngan Madinah. Lalu ia berhenti di sebahagian daerah yang selepas Madinah dan pada suatu hari ia di datangi oleh oleh seorang lelaki yang baik termasuk orang yang terbaik di antara manusia saat itu kemudian dia berkata: Aku bersaksi bahawa engkau ini Dajjal yang diceritakan Nabi di dalam hadisnya.
Dajjal menjawab: Bagaimana menurut kalian jika aku membunuh orang ini lalu aku hidupkan kembali? Apakah kalian mengusulkan sesuatu? Mereka menjawab: Tidak! Lalu Dajjal membunuh orang itu kemudian dihiduokan lagi. Ketika orang itu akan dihidupkan kembali dia berkata: Demi Allah, di kalangan engkau sama sekali tidak kudapati hari ini orang yang paling hebat fikirannya berbanding aku. Maka Dajjal akan membunuhnya tidak kuasa lagi.”
Abu Ishak berkata: Orang lelaki itu adalah Khidir a.s.
Imam al-Nawawi berkata: Abi Ishak itu bernama Ibrahim bin Sufyan. Dia banyak meriwayatkan pelbagai kisah daripada Imam Muslim.
Mu’ammar berkata di dalam kitabnya Musnad: Lelaki (yang pernah dijumpainya) itu adalah Saidina Khidir. Kemudian dia (Mu’ammar) menjelaskan Hadis Nabi di atas. Hadis Rasulullah itu sebagai bukti bahawasanya Khidir masih hidup.
Sedangkan para ulama yang menyebutkan kematian Khidir antara lain adalah Abu Farj Ibn Jauzi yang mengacu kepada ucapan Ibn Taimiyah dan beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi.
Seorang ulama bernama Ibrahim: Al-harbi ditanya tentang hidupnya Khidur lalu dia menjawab: Barangsiapa yang berkata mustahil terhadap masalah yang tidak diketahuinya, maka ia adalah syaitan yang menyerupai manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment