Tuesday, April 20, 2010

2 kisah rasulullah s.a.w



RASULULLAH S.A.W.MENERIMA JEMPUTAN SEORANG PEREMPUAN

Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjalanan balik dari menghadiri suatu upacara pengkebumian. Seorang perempuan telah menjemput Baginda s.a.w.untuk menjamu selera dirumahnya. Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabtnya yang lain pun menuju kerumah perempuan tadi. Apabila makanan dihidangkan, Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan susah untuk menikmati walau sesuappun makanan itu.


Baginda s.a.w. berkata: "Nampaknya binatang ini telah disembelih tanpa kebenaran tuannya." Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah, saya telah menyuruh seorang lelaki membelikan saya seekor kambing dipasar. Malangnya kambing--kambing telah kehabisan. Jiran saya telah membeli seekor kambing tempoh hari, jadi saya menghantar lelaki itu kesana untuk membelinya. Jiran saya itu tidak ada dirumah dan yang menjual kambing itu ialah isterinya."


Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkannya supaya membahagi-bahagikan daging kambing tadi kepada orang-orang tawanan.

RASULULLAH S.A.W.TIDAK DAPAT TIDUR

Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat melelapkan matanya. Baginda s.a.w. berguling kesana kemari namun tidak juga boleh tidur. Isteri Bagimda s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak boleh tidur, Ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ada sebiji tamar yang terletak disuatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."


Buah yang Nabi Muhammad s.a.w. makan mungkin kepunyaan Baginda s.a.w. sendiri tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka kerumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibahagi-bahagikan oleh Baginda s.a.w. sendiri maka perbuatan Baginda s.a.w. memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan didalam hati Baginda s.a.w. sendiri. Bagaimana pula dengan keadaan kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan!

No comments:

Post a Comment