Sunday, March 28, 2010

iklan kerja kosong



Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

Kekosongan jawatan
1. Ahli syurga tetap.
2. Ahli neraka tetap.
3. Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga tetap.
Empat ganjaran lumayan
• Nikmat kubur.
• Perlindungan semasa di Padang Mahsyar.
• Keselamatan meniti Titian Sirat.
• Syurga yang kekal abadi.
Tarikh Temuduga
Pada bila-bila masa sahaja. Mungkin giliran anda selepas ini.

Lokasi temuduga
Di dalam kubur(Alam Barzakh).

Kelayakkan:
• Anda tidak perlu membawa sebarang sijil-sijil.
• Anda tidak perlu membawa sebarang pingat kebesaran.
• Anda tidak perlu membawa wang atau harta.
• Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, kacak atau tegap atau seksi.
• Anda hanya perlu membawa dokumen asal iaitu Iman dan Amal.
Panel/ Juri temuduga
Munkar dan Nakir.

Antara soalan bocor yang akan ditanya:
• Siapa tuhan anda?
• Apa agama anda?
• Siapa nabi anda?
• Apa kitab anda?
• Di mana kiblat anda?
• Siapa saudara anda?

Cara permohonan

Anda tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan. Anda hanya perlu menunggu penjemput yang berkaliber dan menepati masa sekiranya masa anda telah tiba. Beliau akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja(mungkin selepas ini). Beliau akan berlembut dengan orang-orang yang tertentu dan akan bengis dengan orang-orang tertentu. Namanya ialah Izrail.

Tips untuk Berjaya dalam temuduga ini.

Hadis Hasan yang meriwayatkanoleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini, Sabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, jenazah itu akan mendengar terompah(kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur dan pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu Muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata berkata kepadanya: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tiada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: dibahagianku tiada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya: “Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu”: “Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamukepadanya. Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang”. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat(boleh menunaikan solat) tatapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. “Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamukepadanya?” Maka berkata mayat itu: “Lelaki itu ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah pesuruh Allah s.w.t.” Malaikat berkata kepada mayat itu: “Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikianlah juga kamu dibangkitkan semula di akhirat, InsyaAllah.” Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata kepadanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambah gembiralah mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.” Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras(kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!!!

No comments:

Post a Comment