Sunday, March 14, 2010
Mencari Bakal Pasangan di dalam Syurga
(Kisah-kisah Wali Allah, Penerbitan Nurulhas, Kepong, Kuala Lumpur)
Diriwayatkan bahawa Abdul Wahid bin Zaid berdoa kepada Allah kalau sekiranya ia ditakdirkan masuk syurga agar diperlihatkan kepadanya orang yang bakal menjadi pasangannya di sana. Selama tiga malam ia bermunajat kepada Allah untuk tujuan itu.Zikir munajatnya:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ila hail lallah Wallahuakbar 8X
Allahu Allahu Ya Allah 1X
Hasbi rabbi jallallah, maa fi qalbi ghairullah, nur Muhammad 5X
sallallah
tubna ilallah, wa roja'na ilallah, wanadimna 'ala ma faalna 3X
Pasubhanamallah yakh dirul khalkhu qadrah 3X
Waman hua fau khulfardun muahhad 1X
malikun 'alal arsyi sama i muhaimin 1X
li 'izzatihi ta' nul wujuhu watasjud 1X
hasbi rabbi jalallah maa fi qalbi ghairullah, nur Muhammad 5X
sallallah
Laisalaha mindunillah hi kasyifah 5X
La i la ha il lallah, al malikul haqqul mubin 5X
Muhammadar Rasulullah sodqil wa' dil amin 1X
Astaghapirullah hal 'azim, innallah ha ka natau wa ba 5X
Doanya dikabulkan oleh Allah. "Wahai Abdul Wahid! temanmu di syurga kelak adalah seorang wanita bernama Maimunah Hitam," terdengar suara di suatu malam.
"Di mana dia berada?"
"Dia dari Bani Fulan dan tinggal di Kufah."kata suara itu lagi.
Dengan tidak dapat menunggu masa lagi, Abdul Wahid segera berangkat menuju kota Kufah. Di sana ia tertanya-tanya kepada setiap orang yang dijumpainya barangkali kenal dengan wanita itu.
"Buat apa tuan bertanya wanita tua itu?"tanya seorang.
"tiada apa.hanya ingin melihatnya sahaja"
"Di mana ia berada?"
"kalau tuan ingin tahu juga, pergilah ke tanah perkuburan sebelah sana. Tuan akan melihatnya sedang mengawal kambingnya."
Maka pergilah Abdul Wahid menyusuri lorong-lorong Kufah sehingga sampai ke sebuah perkuburan tua yang ditunjuk olah orang tadi. Disinilah ia melihat ke sana ke mari, dan ternampak seorang wanita tua sedang bersembahyang. Dihadapannya ada sebuah tongkat. Keadaannya memang kelihatan selekeh. Itulah baju sufi. Pada jubahnya itu tertulis perkataan "Tidak diperjualbelikan".
Apabila wanita tua mengetahui ada orang yang datang menghampirinya, ia mempercepat sembahyangnya. Selesai memberi salam,ia berkata. "Baliklah wahai Ibnu Zaid! Perjanjian kita bukan di sini, tapi di akhirat kelak."
Abdul Wahid terkejut, dari mana wanita itu mengetahui namanya. Mungkinkah ia pernah berjumpa suatu ketika dulu? Ah, tidak. Tentu wanita itu mempunyai ilmu kassyaf.
"Semoga Allah merahmatimu! Siapakah yang memberitahu kamu bahawa namaku Ibnu Zaid?"Tanya Abdul Wahid.
"Wahai Wahid,"kata perempuan itu."Apakah engkau tidak mengetahui bahawa roh itu adalah seperti tentera-tentera yang dipadankan dengan mana-mana yang bersesuaian sehingga saling kenal-mengenal, dan mana-mana yang tidak sesuai saling berjauhan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment