Friday, March 19, 2010

Takut kepada Allah s.w.t




Tersebut dalam sebuah hadis. Dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanyadi bawah arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itukemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Sesetengah hukama menyatakan : "Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selamat kepada Rasulullah s.a.w.

Selawat atas baginda;

Allahumma salli 'ala muhammadanil fatihi lima ukhlikho, wal khotimi lima sabakha, wano siril haqqi bil haqqi, walhadi ila shirotikal mustaqim. Wa'ala ahlihi wasah bihi haqqo khadrihi wamiq dari hil 'azim.

Ya Allah selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerana dengannya terbuka apa yang tertutup, menamatkan apa2 kesukaran yg lalu, mengembalikan yang kepada yang hak, dan menunjuk ke jalan yang lurus.Dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda yg berhak dan agung.

No comments:

Post a Comment