Rasulullah s.a.w telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul 7
mukjizat.
Satu Setiap wanita yang mengandung akan merasakan susah dan sukar , sedangkan bonda Rasulullah s.a.w tidak merasakan kesusahan dan kesukarannya.
Dua Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah s.a.w tidak merasakan sakit tersebut.
Tiga Setelah Rasulullah s.a.w dipisahkan dari ibunya , setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allah s.w.t kemudian mengatakan “Umatku, Umatku!”.
Empat Rasulullah s.a.w dilahir dalam keadaan sudah dikhatan.
Lima Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah s.a.w dilahirkan. Padahal sebelumnya syaitan-syaitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para malaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, mereka berkumpul dan menemui Iblis, mereka berkata, “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.”
Iblis menjawab,”Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”
Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad s.a.w sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling member ucap selamat dan sejahtera antara satu dengan yang lain.
Kemudian pulanglah syaitan-syaitan itumengadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yanag telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.”
Allah berfirman bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.” (Al-Hijr:16).
Kabul Akhbar r.a berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah s.w.t mengkhabarkan kepada kaum Musa a.s tentang saat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w . Ia berkata: “Sesungguhnya bintang keadaannya tetap yang kamu ketahui itu bila bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir.”
Ketika Rasulullah s.a.w lahir, bintang itu pun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu mengetahui bahawa Rasulullah yang diberikan oleh Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka.
Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa alaihissalam di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawasanya Rasul yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t dalam kitab Injil itu telah lahir di dunia. Tetapi mereka rahsiakan disebabkan oleh kedengkian mereka juga.
Di dalam kitab Zabur pun Allah s.w.t memberitahukan bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasulullah yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.
Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itu pun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu.
Halimah, iaitu ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ia menyusukan Rasulullah , salah satu susuannya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susuannya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah.
Ketika Rasulullah dilahirkan , terdengarlah suara dari sudut-sudut ka’abah.
Dari sudut pertama terdengar ucapan : “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.”
Dari sudut kedua terdengar ucapan : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keamanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin. (ayat terakhir surat at-taubah)
Dari sudut ke tiga terdengar ucapan;”Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.
Dari sudut yang ke empat terdengar ucapan: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk menjadi cahaya yang terang.”
Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata:”Ketika aku sedang berada di ka’abah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah.
No comments:
Post a Comment