Saturday, June 19, 2010

LOH MAHFUZ



Apabila,”Jadilah!” Allah berfirman
Maka terjadilah kesemua ciptaan[74]
Mengikut peranan di dalam pelan
“Loh Mahfuz”, pelan dinamakan.[75]



Tiada suatu pun Allah lupakan
Semua tertera di dalam pelan[76]
Justeru tiada akan ada perubahan[77]
Maha BijaksanaNya Tuhan.



Maka adakah perbuatanmu
Allah tidak tahu?
Ataupun tiada dalam pelanNya itu?
Dengan itu tidak bijaksana Tuhanmu?



Maha Bijaksana Tuhan
Dari apa yang kamu sangkakan[78]
Walau se zarrah tidak dilupakan[79]
Semuanya ada di dalam pelan.



Maka jagalah tuturan
Supaya tidak bergeselan
Dengan Kesempurnaan Tuhan
Yang tidak boleh dipertikaikan. [80]



Kerana DzatNya disebalik ciptaan
PelanNya dipatuhi tanpa soalan,
Setiap masa Dia dalam pengurusan[81]
Tiada tidur Engkau, Tuhan![82]



Maka kesemua lakuan
Adalah kesinambungan
Di antara Pelan dan Dzat Tuhan
Tanpa campurtangan dari ciptaan.[83]



Fahamkanlah ini
Supaya kamu tidak mengingkari
Kesempurnaan Ilahi
Dalam mengurus ciptaanNya ini.[84]



Ada yang tanpa berfikir berkata
Kalau ada ketetapan untuk semua
Di Loh Mahfuz sudah tertera
Maka kita tidak payah berusaha.



Sama ada usaha ataupun tidak
Di Loh Mahfuz sudah terletak
Juga kekata anda yang bongkak
Sudah tertulis dengan hak.



Anda tiada pilihan langsung[85]
Hidup anda seharian bersinambung
Dengan Loh Mahfuz yang ulung
Di dalam semuanya terkandung. [86]



Ada juga terdengar berkata
Berfikir, keutamaan manusia
Inilah fungsi utama minda
Melalui berfikir kita akan berjaya.



Tidakkah anda ketahui
Fikiran yang datang bertubi
Sudah tertera di Loh Mahfuz Ilahi[87]
Kalau tidak, Allah tidak Maha Mengetahui.



Adalah mustahil bagi ciptaan
Beroperasi di luar ketetapan
Yang terdapat di Loh Mahfuz Tuhan
Dengan itu, Loh Mahfuz ada kecacatan?



Adalah mustahil bagi manusia
Membuat sesuatu perkara,
Tanpa pengetahuan dan keizinanNya.[88]
Atau di Loh Mahfuz tiada tertera[89]



Namun ada juga yang berkata
Kalau semua sudah tertera
Di Loh Mahfuz Yang Maha Kuasa
Terhapuslah hak memilih manusia.[90]



Mereka langsung membuat tuduhan
Sangat zalim kita punya Tuhan[94]
Kepada Allah Yang Mulia disalahkan
Tanpa sebarang munasabah alasan.[95]



Kalau Tuhan zalim kamu katakan
Mana hakmu yang Allah zalimkan
Tidakkah kamu ketahuan
Kesemua adalah kepunyaan Tuhan.[96]



Kalau kesemua ini adalah hakNya
Dia boleh buat sesukaNya[97]
Kepada hak mutlakNya
Sungguh biadap kamu semua.[98]



Tunjuk mana yang kamu jadikan
Yang Allah zalimkan
Kalau tiada yang kamu ciptakan
Maka tutup mulutmu yang celupan.[99]



Ingat satu perkataan salah
Ke neraka kamu diarah[100]
Pada masa itu kamu insaflah
Sayangnya sudah terlambatlah.[101]



Allah mempunyai kukuh alasan[102]
Kamu langsung tiada pembuktian
Kerana kamu dipesongkan syaitan
Mengata Allah tanpa pengetahuan.[103]



Lupakah kamu tentang DzatNya
Yang zahir dan batin ciptaanNya?
Lupakah kamu DzatNya juga
Yang awal dan akhir ciptaan semua.



Kalau Yang Awal dan Akhir adalah DzatNya,
Kalau Yang Batin dan Zahir juga pun DzatNya
Maka Imam Ghazali ada berkata
“Tidak wujud ciptaan kesemua!” [104]



Kalau kamu tiada kewujudan,
Berani kamu membuat tuduhan,
Allah zalim kamu katakan,
Kelak di akhirat menjadi penyesalan.[105]



Kalau kamu kewujudan tiada
Maka yang ada hanya DzatNya
Kenapa masuk campur urusanNya
Mengurus akan DzatNya?



Maka berdiam dirilah kamu[106]
Jangan celupa, tutup mulutmu
Dia mendengar dan melihatmu
Dengan itu, jagalah pertuturanmu.



Hormatilah Tuhan mu, [107]
Jagalah Ke AgunganNya itu, [108]
KebijaksanaNya jangan diragu,
Loh Mahfuz jangan dipertikaikanmu.



Mereka yang sudah mengenali
Yang sudah tidak buta lagi
Hak dan batil tidak mereka campuri[109]
Kepada Allah mereka menyerah diri.



Mereka menerima takdir Ilahi
Rukun Iman ke enam diyakini
Kalau tidak mereka belum beriman lagi
Rasulullah ada bersabda berkenaan ini. [110]
Kerana itu, Allah memerintahkan kita
Membuat penyerahan sepenuhnya[111]
Serta menerima takdir kesemuanya
Inilah “Islam” erti sebenarnya.[112]



Redhalah kamu kepada Tuhan
Semoga kamu juga dapat keredhaan[113]
Ingatlah apa juga dugaan, katakan
“Kita dan semua ini kepunyaan Tuhan”. [114]



Ingatlah hanya dengan keredhaanNya
Kamu dapat masuk ke SyurgaNya[115]
Maka carilah keredhaanNya[116]
Dengan menyerah sepenuhnya.



Maka apabila ketemu takdirnya Tuhan
Jadilah seperti bola disepak-sepakkan
Mayat yang dimandikan
Atau bayi yang baru dilahirkan. [117]



Hendaklah kamu yakin sepenuhnya
Loh Mahfuz itu sempurna
Di lakarkan oleh Yang Maha Bijaksana
Tidak satu pun dilupakanNya.



Hendaklah kamu yakin sepenuhnya
Dengan hikmah Loh Mahfuz dibuatNya[118]
Tiada di dalamnya sesuatu sia-sia[119]
Kesemuanya berfaedah untuk kita semua.[120]



Yakin tidak kamu
Semua di dalam Loh Mahfuz itu
Baik bagi mu
Tiada apa yang menganiaya mu.[121]



Kerana ia di buat oleh Ilahi
Tuhan Yang Maha Mengetahui
Lagi Maha Bijak Bestari
Mustahil Dia buat yang mengkhianati.[122]



Kerana tidak berpengetahuan
Kamu sentiasa dalam rengutan[123]
Allah disalah-salahkan
Menyangka yang bukan-bukan.[124]



Maha Suci lagi Mulia Tuhan
Kebaikan diberi dibalas tomahan[125]
Dengan Syaitan mereka sekongkolan
Meragui Kebijaksanaan Tuhan. [126]



Tidak kamu dapat pertolongan Ilahi
Selagi kamu tidak menolong diri sendiri[127]
Loh Mahfuz mesti kamu yakini
Kesemua di dalamnya patut kamu syukuri! [128]



Maha Pengasih Maha Penyayang Ilahi
Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
Maka sudah tentu semua yang dilakari
Adalah yang terbaik dalam semua situasi

No comments:

Post a Comment