Friday, May 21, 2010
KEUTAMAAN KASIH SAYANG
Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan masuk Syurga selain pengasih. "
Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri. "
Erti menyayangi diri itu menyayangi dari seksa Allah dengan meninggal¬kan maksiat serta bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim.
Rasulullah SAW bersabda: "Muslim adalah orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Di samping itu juga menyayangi binatang dan tidak menyeksanya. "
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Suatu hari orang berjalan. Di tengah jalan dia kehausan, apabila terjumpa sumur terus dia turlln dan minum. Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing ilu dan bersyukur kepada Allah. Sehinggalah Allah mengampunkan lelaki itu."
Mereka berkata, "Ya Rasulullah, adalah pahala bagi kami bila berbuat baik pada binatang?" Rasulullah SAW menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya. "
Dari Anas bin Malik ra, dia berkata, "Pada suatu malam Umar r.a berjalan.
Tiba-tiba beliau berjumpa dengan orang-orang yang bimbang akan kecurian. Lalu Umar berjumpa Abdul Rahman bin Auf lalu ditegurnya, "Apa yang engkau bawa saat ini wahai Amirul Mukminin?" Umar menjawab, "Aku bertemu dengan orang-orang yang bercerita padaku ketika sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kerana selalu terjadi kecurian. Marilah bersamaku menjaga mereka." Anas berkata, "Keduanya lalu pergi menjaga orang yang bimbang pada pencuri itu hingga terbit fajar dan memanggil, "Wahai penduduk Rufqah! Solat! . Hingga keduanya melihat mereka bangun dan berangkat. Demikianlah, kita mengikuti jejak para sahabat di mana Allah SWT memuji mereka dengan firman-Nya, "Belas kasihan antara mereka. Sedang mereka Jelas mengasihi sesama muslim, semua makhluk dan ahlus zimmah.
Dirawikan dari Umar ra bahawa dia melihat lelakI tua sedang mengemis.
Umar menegurnya, "Alangkah lalainya aku. Telah kuambil tenagamu di waktu mudanya namun kini kusia-siakan kau." Lalu Umar perintahkan agar orang tua itu beri wang dari Baitul Mal.
Dari Hasan dan Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim. "
Rasululullah SAW bersabda:
"Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang di bumi maka yang di langit akan mengasihimu. "
Baginda bersabda:
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula. "
Telah berkata Malik bin Anas, Rasulullah SAW bersabda:
"Padamu ada empat hak sesama muslim; kau ziarahi yang sakit dan kau sukai taubat. "
Dirawikan bahawa Nabi Musa as berkata, "Ya Tuhanku, sebab apa Engkau jadikan aku sufi?" Allah berfirman, "Sebab kasihmu pada makhluk-Ku." Dari Abi Darda' ra, sesungguhnya dia membeli burung dari seorang budak lalu dia melepaskannya sambil berkata, "Pergi dan hiduplah engkau!" Rasulullah SAW bersabda:
"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga. "
Diriwayatkan: Seorang abid Bani Israel melalui bukit pasir yang dihuni oleh bani Israel yang ketika itu sedang ditimpa kebuluran. Maka si abid itu berharap, “Jika pasir ini menjadi gandum, tentu mengenyangkan mereka." Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Bani Israel, "Katakan pada fulan bahawa Allah memberimu pahala atas sedekahmu kepada manusia kerana berharap pasir menjadi gandum."
Oleh kerananya Rasulullah SAW bersabda,
"Niat seorang mukmin lebih baik dari amalnya. "
Diceritakan: Nabi Isa as pada suatu hari keluar berjumpa Iblis membawa :madu dan abu. Beliau bertanya, "Apa yang engkau perbuat dengan madu dan itu wahai musuh Allah?" Iblis menjawab, "Madu ini kuletakkan ke bibir orang-orang yang mengadu domba sehingga mereka menelannya. Sedangkan abu ini kuletakkan di muka anak-anak yatim sehingga orang membencinya."
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika anak yatim dipukul, maka goncanglah Arasy Allah kerana tangisannya. Kemudian Allah SWT berkata, "Hai Malaikat-Ku, siapa yang membuat anak yatim itu menangis dan di mana ayahnya telah terkubur?"
Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang memberi makan dan minum anak yatim, pastilah Syurga baginya. "
Dalam kitab 'Raudatul ulama' diceritakan: Nabi Ibrahim as jika hendak makan, di akan berjalan satu atau dua batu mencari orang supaya dapat diajak makan bersama.
Pernah suatu hari Ali ra menangis. Ditegur, "Mengapa kau menangis?"
Ali menjawab, "Tidak ada tamu yang datang tujuh hari ini. Aku merasa cemas kalau Allah telah menghinakanku."
Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Siapa beri makan orang yang sedang lapar semata-mata untuk mengkehendaki keredhaan-Nya, wajiblah baginya Syurga. Dan siapa tidak mahu memberi makan orang yang sedang lapar, maka Allah tidak memberi fadlal padanya di haki Kiamat dan akan menyeksanya di Neraka."
Baginda bersabda:
"Pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dari Syurga, dekat dari manusia dan jauh dari Neraka. Dan orang bakhil jauh dari Allah,jauh dari Syurga, jauh dari manusia dan dekat pada Neraka. "
Baginda bersabda lagi:
"Pada hari Kiamat empat golongan masuk Syurga tanpa hisab; Orang alim yang mengamalkan ilmunya. Orang yang menunaikan haji tidak berbuat dosa dan tidak menjadi fasik sampai meninggal. Pejuang yang mati di medan perang menegakkan kalimah Allah dan pemurah yang bekerja melalui jalan yang halal dan menggunakannya di jalan Allah tanpa riak. "
Ulama berselisih pendapat terhadap dua golongan ini yang mana masuk Syurga dahulu.
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Allah jadikan segolongan hamba-Nya memberikan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk kemanfaatan hamba-hamba-Nya yang lain. Siapa bakhil akan kemanfaatan itu terhadap orang lain, maka Allah akan memberikannya kepada orang lain. "
Baginda juga bersabda:
"Orang yang pemurah ibarat pohon di Syurga. Cabangnya menurun ke tanah. Siapa mengambil cabang itu, Allah akan memindahkannya ke Syurga."
Dari Jabir ra dia berkata: Ditanyakan, "Ya Rasulullah, apakah amal terutama?" Rasulullah SAW menjawab, "Sabar dan pemurah."
Miqdam bin Syuraih merawikan dari bapanya dari abangnya, dia berkata, "Kutanyakan kepada Rasulullah SAW, apakah amal yang boleh memasukkanku ke Syurga?" Rasulullah SAW menjawab, "Yang mewajibkan itu memberi makan, memberi salam dan berkata dengan baik."
Dirawikan seorang ulama shalaf pernah terpinggir dari kampung halamannya. kebun-kebunnya dan keluarganya membawa diri tidak tentu haluan, kerana masyarakat seringkali menghinanya kerana dosa-dosanya yang lalu. Namun kehebatan kasihnya kepada sesama insan membuat hatinya menangis. Kehairanan pula seorang pengembara wali Allah melihat ulama shalaf itu, lalu ditanya" Kenapa kamu berduka lara?" aku gusar seluruh masyarakat menghinaku, aku kasihkan mereka, aku tidak mahu mereka diseksa hanya kerana dosa aku dengan sebab ghibah mereka atas keaibanku, kasihku kepada mereka adalah melebihi kasih aku ke atas diriku sendiri."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment