Sunday, May 16, 2010

solat



Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda s.a.w. mengambil ranting sebatang pohon yang daun-daunya mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda :“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohonya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan)

****************************



Muaz bin Jabal r.a. meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w. memerintah atasku sepuluh perkara iaitu :
jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu walaupun daku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup
jangan membantah ibubapaku walaupun aku terpaksa berpisah dengan isteriku atau kekayaanku.
jangan melengah-lengahkan solat fardu dengan segaja kerana Allah bebas daripada kewajipan terhadap seseorang yang melengahakan solat fardu dengan sengaja.
jangan minum minuman keras (minuman yang memabukkan) kerana itulah punca segala maksiat dan keburukan.
jangan mengingkari Allah kerana itulah yang menyebabkaNya murka.
jangan lari daripada medan pertempuran walaupun teman-temanku semuanya telah gugur
jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak.
berbelanjalah atas kaum keluarga.
rotanilah anak-anak agar mereka menjadi baik
berilah amaran kepada mereka (anak-anak) mengenai kecuaian kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah.
(Riwayat Ahmad dan Tabarani)

*******************************



Adalah disebutkan di dalam hadis bahawa Allah s.w.t. menganugerahkan lima kurnia atas seseorang yang menjaga solatnya, iaitu :
dipermudahkan rezeki.
diselamatkan daripada azab kubur
menerima buku amalan dengan tangan kanannya pada hari kiamat
dapat melintas titian sirat pantas seperti kilat
masuk syurga tanpa hisab



Bagi orang yang melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia. tiga semasa mati, tiga didalam kubur dan tiga selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :
tidak dirahmati dalam kehidupan
kehilangan nur pada wajahnya, yang mana muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur.
tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
doa-doa tidak di maqbulkan
tidak mendapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.



Azab pada masa dia hendak mati adalah :
mati dalam keadaan aib
mati kelaparan
mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat menghilangkan hausnya.



Azab di dalam kubur :
dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
api dinyalakan dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya, ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isya’, kerana melengah-lengahkan solat isya’ hingga fajar. Ular itu terus memukulnya hinggalah ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya hingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi..



Azab selepas kebangkitan adalah :
hisabnya keras sekali (disulitkan)
Allah s.w.t. murka padanya
dicampakkan ke dalam api neraka

Menurut satu hadis dia akan dapati tiga baris ayat yang berikut tertulis pada dahinya :
wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah
wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah
kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah


*****************************



Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,:”Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia menqadanya kelak) akan diazab dalam neraka selama satu huqub”. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun yang terdiri daripada 360 hari setahun dan satu hari di akhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.

******************************



Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda :‘Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian.

******************************
Sahal bin Saad r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar rasulullah saw bersabda : ‘Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu malam yang gelita kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat kelak”.

*******************************



Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda :”Daku ingin supaya dapat kusuruh pemuda-pemuda mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudaian akan ku pergi dari rumah ke rumah orang yang solat di rumah masing-masing (tidak soat di masjid) tanpa sebarang uzur dan membakarnya.”

*******************************



Anas bin Malik r.a. berkata bahawa nabi saw bersabda : “Seseorang yang selalu solat dengan berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir pertama mendapat 2 jaminan; satu, keselamatan daripada neraka dan kedua, bebas daripada nifaq (munafik).

No comments:

Post a Comment