Sunday, May 16, 2010
Saat Mustajab Di Hari Jumaat
Dari Abdillah bin Salam, ia berkata : Aku berkata : “ Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk, sesungguhnya kami menemukan di dalam Kitabullah bahawa pada hari Jumaat ada suatu saat yang bila seseorang hamba Mukmin mengerjakan solat, lalu ia memohon kepada Allah bertepatan pada saat itu, pasti akan dikabulkan hajat orang itu. Abdullah lalu berkata : “ Dan diisyaratkan kepada Rasulullah ada beberapa saat.” Lalu saya berkata : “ Engkau benar ada beberapa saat.” Lalu saya bertanya : Saat itu bila adanya. ? Sabdanya : “ Pada saat-saat akhir siang.” Lalu aku berkata : Apakah saat itu bukan saat solat?. Sabdanya : “ Benar. Apabila seseorang hamba telah solat kemudian duduk menanti solat, maka sesungguhnya ia seperti orang tengah solat .”
( HR Ibnu Majah dengan sanad sesuai syarat-syarat yang sahih )
Pergi Solat Jumaat
Dari Abi Sa’id sesungguhnya ia telah mendengar Nabi s.a.w bersabda “ Lima hal yang apabila seseorang melakukannya pada hari itu , maka Allah akan tetapkan dia sebagai ahli syurga, iaitu orang yang mengunjungi orang sakit, menyaksikan jenazah, puasa satu hari dan pergi Jumaat serta membebaskan hamba .” ( HR Ibnu Hiban )
Dari Aus bin Aus Asysyaqafi, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa mandi hari Jumaat dan membersihkan diri, pergi diawal pagi pada hari itu dan berjalan tanpa naik kenderaan dan ia dekat duduknya dengan imam dan mendengarkan khutbah serta tidak berbuat sesuatu yang sia-sia, maka untuk setiap langkah yang ia ayunkan siberi pahala setahun pahala puasa dan solat malamnya .” ( HR Ahmad dan Ashhabi Sunan )
Dari Anas bin Malik, ia berkata : Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan seseorang muslim pada hari Jumaat, melainkan ia akan diberi ampunan .”
( HR Thabrani dalam Kitab Al Ausath dan menurut pendapatku adalah hadith marfu’dengan sanad yang baik )
Mandi Untuk Solat Jumaat
Dari Abi Umamah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat nescaya akan mencuci dosa-dosa mulai dari pangkal rambut .” ( HR Thabrani dan para rawinya dipercayaai )
Dari Abi Sa’id Al Khudri, dari Rasulullah s.a.w sabdanya “ Mandi hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang sudah baligh serta menggunakan siwak dan menggunakan wangi-wangian menurut kesanggupannya .” ( HR Muslim dll )
Dari Ibnu Abbas, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya hari ini adalah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum muslimin. Barangsiapa mendatangi hari Jumaat, hendaklah ia mandi; dan jika ia mempunyai minyak wangi, hendaklah ia mengusapkan sedikit daripadanya dan hendaklah kamu sekalian menggunakan siwak .” ( HR Ibnu Khuzaimah dengan snad hasan )
Membaca Surah Khafi Di Hari Jumaat
Dari Abi Sa’id Al Khudri : Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda “ Barangsiapa membaca surah Khafi pada hari Jumaat, maka Allah akan memancarkan cahaya untuk dirinya antara 2 Jumaat .”
( HR Nasa’i dan Baihaqi secara marfu’ dan disahkan oleh Hakim )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment