Monday, May 17, 2010
majlis wali-wali Allah s.w.t
Sahl bin Abdullah berkata bahawa pergaulan wali Allah dengan orang ramai itu adalah merupakan suatu kehinaan baginya, dan bila dia menyendiri dalam mengabdikan dirinya kepada Allah SWT adalah merupakan suatu kemuliaan dan penghormatan. Justeru itu, jarang kita melihat para wali Allah melainkan dia mengasingkan diri daripada pergaulan orang ramai.
Diceritakan bahawa ada seorang soleh yang tinggi maqamnya di sisi Allah SWT sentiasa mengelak dari bercampur baur dengan orang ramai. Dia selalunya dilihat menyendiri dengan pekerjaannya sendiri yang tidak mengganggu orang lain. Orang soleh itu sentiasa berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mengelakkan percampuran dengan orang ramai dan tidak banyak manusia yang mengenalinya.
Dalam pengembaraannya, akhirnya beliau sampai ke Kota Makkatul-Mukarramah. Di kota suci ini, beliau merasa begitu tenang dan damai sehinggalah bertahun lamanya serta dilihat seolah-olah tidak begitu berminat untuk kembali ke kampung halamannya. Silih berganti orang yang mengenalinya datang ke Makkah, beliau tetap tinggal di kota suci berkenaan.
“Engkau sudah lama betul tinggal di Makkah.†kata Sahl kepada orang soleh berkenaan pada suatu hari.
“Bagaimana aku tidak tinggal lama di Makkah, sedangkan aku tidak menjumpai sebarang negeri yang lebih baik daripadanya.†Jawab orang soleh itu.
Kemudian dia menceritakan bahawa tidak ada satu kota pun di dunia ini yang paling banyak dituruni rahmat dan berkat selain dari kota Makkah. Di kota ini juga, para malaikat turun naik setiap pagi dan petang tanpa henti. Apabila serombongan mereka naik, datang pula rombongan yang lain, sehingga Ka’bah tidak pernah sepi dari malaikat bertawaf. Orang soleh itu juga melihat keajaiban yang besar, yakni para malaikat yang bertawaf di sekeliling Ka’bah dalam berbagai rupa tiada putus-putusnya.
“Tetapi sekiranya aku ceritakan apa yang ku saksikan ini kepada orang yang cetek akalnya, tentu mereka tidak akan percaya.†Kata orang soleh itu.
Dia berkata demikian kerana khuatir Sahl tidak mempercayai suatu perkara yang luar biasa pernah disaksikannya dan jarang dapat dilihat oleh orang awam kecuali diizinkan Allah SWT menerusi kasyaf.
“Tidak, demi Allah. Aku harap engkau ceritakan apa yang telah engkau lihat kepadaku†pinta Sahl.
Orang soleh itu pun menceritakan bahawa kesemua wali Allah dari seluruh dunia yang sah kewaliannya, hadir di Kota Suci Makkah khususnya di sekitar Ka’bah setiap malam Jumaat. Mereka datang tepat pada waktunya dan tidak ada yang terlambat, dan berhimpun di sekitar Ka’bah dalam kumpulan yang besar.
Oleh kerana itulah, orang soleh itu tetap seronok tinggal di Makkah kerana ingin bertemu dengan para wali Allah. Katanya, dia pernah bertemu dengan seorang wali bernama Alqasim Aljaili yang datang ke Makkah sedang di tangannya masih terdapat sisa-sisa makanan yang belum dibasuh.
“Rupanya engkau baru sahaja selesai makan.†kata orang soleh berkenaan.
“Astaghfirullah, tidak. Aku sudah seminggu lamanya tidak makan.â€
“Tapi tanganmu itu penuh dengan sisa-sisa makanan, kenapa?â€
“Oh! Ini...Sebetulnya aku baru sahaja selesai menyuap ibuku, lalu aku terus pergi dengan cepat kerana khuatir tertinggal solat jemaah Subuh†jawab Alqasim.
Demikianlah keadaan wali Allah. Mereka dapat pergi ke mana-mana tujuan dalam waktu yang singkat. Jarak antara Ka’bah dengan tempat asal wali berkenaan adalah kira-kira 900 farsakh (7200 km) Dapatkah akal kita memikirkan perkara berkenaan? Namun, dengan kuasa Allah SWT, Dia dapat membawa waliNya ke mana sahaja dalam masa sekelip mata.
Di antara keajaiban-keajaiban lain yang dilihat oleh orang yang diberikan kurniaan kasyaf oleh Allah SWT ketika berada di Makkah, antaranya :-
a.Sebahagian orang melihat terdapat ramai malaikat, para Rasul/Anbia dan Aulia di sekitar Ka’bah terutamanya pada malam Jumaat, Isnin dan Khamis. Disebutkan juga bahawa setiap jemaah itu menempati tempatnya masing-masing yang telah ditentukan di sekitar Ka’bah. Setiap para Rasul/Anbia duduk bersama umat masing-masing, ahli bait/kaum kerabat/keluarga serta para sahabat. Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW sendiri dilihat duduk sambil dikelilingi oleh para Aulia yang tersangat banyak jumlahnya. Sedangkan para Rasul/Anbia lainnya tidak ada yang dikelilingi oleh umat seramai itu.
b.Disebutkan pula bahawa Nabi Allah Ibrahim a.s. dikerumuni oleh cucunda-cucundanya. Mereka berkumpul di pintu Ka’bah berhampiran makam Ibrahim. Nabi Musa a.s. dan jemaah para Nabi lainnya duduk di antara dua Rukun Yamani. Nabi Isa a.s. bersama pengikutnya duduk dekat Hijir. Jemaah para malaikat duduk dekat Hajatul Aswad.
c.Ada pula yang melihat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW memakai mahkota. Disebutkan pula bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Isa alaihimussolaatuwassalaam adalah para Nabi yang paling menyintai umat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta paling gembira akan keutamaan Baginda SAW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment